bla menonton filem Papadom, hati aku disentap. sebaknye rasa hingga kesaat ini.
aku pernah berada di situasi Mia. namun ada kawan ku pernah untuk merasai berada disituasi Mia.
itulah jiwa seorang bapa. ada yang cuba menunjukkan kasih sayangnye dengan seolah-olah mengongkong kehidupan anaknya. ada juga yg cuba utk menunjukkan kasih sayangnye dari segi memenuhi apa yg dipinta. dan ada juga yang cuba menunjukkan kasih sayang nya dengan seolah-olah tidak pernah utk mengetahui perjalanan kehidupan kita. namun segala yang dilakukan adalah untuk menyenangkan dan memberi sebuah kehidupan kepada kita.
tapi pernahkah kita mengenali jiwanya? aku percaya, ramai dikalangan kita mempunyai masalah komunikasi dengan ayah, bapak, abah, daddy n papa masing-masing.
suatu masa dulu, ayahlah tempat aku minta segalanya. waktu disekolah dulu, aku lebih rapat dengan ayah. sbbnya, mak aku ska bebel..hehehe. dari sumber makcik2 aku yang pernah tinggal bersama mak aku time aku kecik2, ayah mmg sgt menyayangi aku dan adik ku. apa yg kami nak semuanya dibelikan dan dituruti. bla aku menganjak ke zaman sekolah, ayah la yg menghantar aku dan adik2 ku disekolah. dengan hanya memiliki sebuah motor, ayah akan menghantar adik2 ku di sekolah rendah dan kemudiannya baru aku di sekolah menengah dan kemudiannya ke officenya. bla lunch, ayah akan balik menghantar adik ku yg sesi sekolahnya ptg, dan kemudian akan berpatah balik mengambil adik2 ku dia sekolah rendah. aku pula, ayah akan amik jam 5 ptg (kebiasaannya ada kelas tambahan). begitulah rutin harian ayah di sepanjang aku bersekolah. lepas spm, ayah ku juga yang mengatur hidup aku. dia jugalah yang memilihkan sains komputer. time ni belum wujud lagi konflik antara aku dan ayah ku sbb time nie aku juga berminat dengan sains komputer.namun segala konflik ini wjud pabila aku tamat pengajian di universiti. ayah ku cuba mengatur perjalanan hidup ku dengan cuba memaksa aku memohon jawatan kerajaan. disinilah wujudnya konflik. aku mmg tidak berminat dengan segala jawatan di dalam kerajaan dan aku punya alasan yang tersendiri. setiap kali aku mohon jawatan di company swasta, dia akan cuba membandingkan kerja dan gaji antara swasta dan kerajaan. pada mulanya aku ok lagi sehinggalah bla aku dah bekerja, dia masih membandingkan gaji kerajaan dan swasta. aku mula rasa rimas. dan tidak disangka-sangka aku telah mengguris perasaannya. akhirnya kini, aku dan ayahku hanya bertegur sapa seringkas yg mungkin.
dan after aku tonton Papadom, aku paham jiwa Mia. dan after menonton Papadom juga, aku kini paham tindakan ayah aku itu. maybe nampak terkongkong, tapi sebenarnya itu satu protection untuk menunjukkan kasih sayangnya.
dan terima kasih aku ucapkan kepada Afdlin Shauki kerana membuka mata dan jiwa seorang anak untuk mengenali bapanya dengan lebih dekat.
::BaHieSelamaNyeR::20/10/09::11.00am
2 comments:
terharunya ku yg membaca entri nie..
Papadom ni citer sedey la. aku lagi suka tengok Setem. Tapi dalam dua2 citer ni Harun Salim Bachik la paling kelaka sekali ha ha.
Post a Comment