Tuesday, June 16

TAG : AWARD NENO'S

6 comments



Award anda lah AWARD NENO'S....apekah??(dah lama aku xguna perkataan ini)..hehe..aku telah di tag oleh SIS IENA gara-gara telah menghilangkan diri dari ASSCREWZ...huhhaaa...bukan ilang laa sis...cuma kebezian tahap cipan+tenuk+seangkatan dengan nye...tambahan pula skang nie baru je masuk keje kat opis baru kat PJ. terpaksalaa wat cara org baru...huhaaa..
thanks SIS....dah lama xjoin gather asscrewz...hehehehe..rindukan saat2 dulu-dulu...hehhee...well this weekend i maybe join NAD..ntah event ape tah kat Sunway...see you there nad....eh bla ASSCREWZ nak wat gather lagi ek???please mention me if ASSCREWZ ada event....

kay..nie bout this tag kay....jgn nak mengarut benda len....

Peraturan:

* Kena letak award ni di blog ----->(dah letak dah....yahooo...)

* Bagi award ni kepada 10 blogger yang rapat dengan anda atau yang mempunyai taraf kekacakan iras-iras C.Ronaldo yang baru berpindah ke Real Madrid atau yang anda suka/minat atau yang anda senangi dan memberi inspirasi kepada anda ------> (Kenapa perlu CR???y not Edward Cullin ke...)

* Memberitahu penerima award ni dengan memberikan komen di blog mereka


me mengawardkan pulak anugerah ini kepada..

:) Aina ---> i know you like tag kan...hehehhe...nama ko awal skali aku letak

:) Nana ---> dah lama dah aku tak dengar kabar ko
:) Shambie ---> slamat men tag org
:) Sofihia ---> huhahaa..aku tau ko bz..tapi ko kene wat gak tag nie
:) Nazek ---> buat..jgan xbuat..mentang2 blog dah baru...hehehhee
:) Rozy ----> walaupun ko dah tengok kat blog aku nie...ko kene wat gak....
:) Kinah --->this is one of way how to increase ur blogger readers.....
:) Unkel ----> disebabkan maksu dah kene tag....nak tag unkel gak!!!wat tau unkel...huhhahaha...
:) Kaylizard ---> wei...rindu nye...dah lama xdengar kabar....
:) Saril Hafiz ----> saja penambah perisa...huhhahahah


::BaHieSelamaNyeR::16/06/09::09.59am

Sunday, June 7

Thinks About It.....

26 comments

lAda hikmah juga apabila aku menutup function Anynomous. At least i know, siapa yg selama ini mmg xska aku. Setiap bait penulisan aku disalah tafsirkan. Aku tak pernah sekali terniat utk menyinggung sesiapa dalam penulisan aku. Gurauan aku dalam bentuk penulisan juga dibaca secara serius. Tak mustahil ketika posting ini dibaca juga membawa seribu penafsiran kepada pembaca. Pemikiran pembaca, aku xbleh jangkakan. Ada yang membaca sekadar suka-suka mengisi masa lapang(maksud aku: setiap patah perkataan yang ditulis tidak meninggalkan kesan biarpun tahu siapa yang dimaksudkan), namun ada yang membaca utk mencari point menghentam aku kembali. Dan untuk org yang xska kan aku, maybe inilah peluang untuk menghentam aku kembali. Aku terima cara tersebut. Sebab itulah salah satu tujuan aku menulis blog. “Kalau takut dilanda ombak, jangan berumah ditepi pantai”. Pepatah itu memberi maksud yang begitu mendalam. Fikir-fikirkanlah.

Ada insan yang ska ditegur secara direct, ada insan yang ska menegur secara direct. Namun ada juga yang xska ditegur secara direct dan ada juga yang insan yang tak ska menegur secara direct. Itu adalah lumrah manusia selaku khalifah Allah di muka bumi ini. Bak kata pepatah “Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain”

“Terlajak parahu boleh diundur, terlajak kata boleh dilupa, namun terlajak menulis sentiasa berbekas didalam hati(pendapat aku:tambah sendiri..)”. Mungkin itu lah pepatah yang kena, buat masa ini.

To nurul…until now, I really don’t know who you are. I’m so sorry if posting I hari tu meninggalkan bekas dalam diri you. Sehingga ramai yang member komentar dalam posting tersebut. I mengaku yang posting Extended memang ditujukan utk you. Thanks a lot sbb membaca posting-posting I selama ini.

Aku cuba mendapatkan beberapa pandangan ttg posting tersebut, dan ada yang berpendapat begini (maksudnya sama tapi terdapat pengolahan ayat yang lebih baik):

- “That is your blog, hak you nak tulis tentang ape pun. Kalau diaorang tak tahan with your writing, jgn baca. I know who you are. Relax laa Bahie…” – (pendapat aku:mmg nie blog aku, dan aku punya pasal nak tulis ape pun, tapi aku xnak org yang membaca blog aku nie sakit hati dengan aku..aku taknak jadi Raja Petra Kamaluddin kedua, biarpun penulisan aku bukan lah berbaur politik.)

- “Relax laa Bahie. Diaorang mmg dah salah tafsir ape yang ko tulis. Bila aku baca posting tuu okay je. Ke sebelum nie mmg diaorg ada tak puas hati ngan ko? Senang cerita ko buat je posting baru, minta maaf secara general..” – (pendapat aku:ini aku setuju…mungkin selama ini ramai yang tak puas hati pasal benda lain..well manusia tak semua sempurna. Kita tak dapat memuaskan hati semua org yang berada di keliling kita, biarpun kita cuba utk bertindak demikian. Akan wujud sekumpulan yang tak suka kita.)

- “Eh ko tulis tu bukan saja-saja ke? Kenapa sampai mcm tu skali diaorg hentam ko?” – (pandapat aku:ntah..aku sendiri pun xtau..)

- “You tak pernah pun mention siapa yang you maksudkan. But I know, it’s that &!# kan??” – (pendapat aku:insan itu mmg menggangu dan menyusahkan kehidupan aku sehingga sekarang..dan posting aku sebelum ini mmg ada berkisar ttg dia, namun bukan &!# yang diaorg maksdkan, tapi org lain..ada paham?)

- “I rasa you dah jaga air muka org yang you cerita dengan cara you tak menyebut nama. But bagi org yang mengetahui cerita sebenar, mungkin ada yang tak setuju tindakan you tu, but bagi org yang tak tau cerita, mereka anggap you hanya meluahkan persoalan you bagaimana si polan itu mendapat title tersebut….” - (pendapat aku:mungkin ada benarnya…)

“Senjata yang paling tajam bukanlah mata pedang, tetapi mata pena lah yang paling tajam”. Aku bersetuju dengan kata-kata ini. Luka yang terhasil dari mata pedang boleh diubati dengan ubat medical atau pun minyak gamat. Luka yang terhasil dari kata-kata atau penulisan hanya akan diubati dengan satu perkataan sahaja. Dan perkataan itu adalah keMAAFan.

Aku dengan penuh tawaduk dan rendah diri memohon ampun dan maaf diatas segala pertuturan dan penulisan yang meninggalkan bekas yang mendalam di dalam hati untuk insan-insan yang berada di sekeliling aku. Dari kecik aku di ajar agar jgn mencari musuh, namun di sebabkan salah penafsiran, aku telah mewujudkan musuh di sekeliling tanpa aku sedari . Manusia mana yang sempurna selain Rasulullah? Kita kadang-kadang tak sedar, setiap pengucapan, gurauan, gelak ketawa, luahan, bahkan tindak tanduk kita boleh menyebabkan hati org terguris. Hati manusia mana yang tidak mempunyai perasaan?. Bohonglah ia kalau ia mengatakan hatinye kering. Adik aku sendiri pernah berkata “Atis taulaa atis nie sape, hang pa ingat Atis nie hati kering tapi Atis pun ada hati tau dak..”. Kata-kata adik aku nie ada benarnya. Kejadian manusia sangat sempurna, namun manusia tak mampu jadi sempurna seperti kejadiannye. Aku sentiasa ingat ttg itu.

Kes aku terlepas cakap pun aku memohon seribu keampunan. Tak guna aku menerangkan panjang lebar jika masih ada yang mengata, aku akan membela diri sendiri. Namun secara jujur aku katakan yang aku memohon ampun jika ada yang terasa biarpun ada yang mengatakan dia mengetahui yang aku xbermaksud sedemikian rupa(hati aku berkata:mmg aku xbermaksud sedemikian).

Jangan disingkap sejarah yang dah lepas. Benda yang dah terlepas, biarkan lah ia berlalu. Kite tak dapat undurkan waktu untuk membetulkan keadaan ketika itu. Hidup kita makin kedepan. Bukannye makin kebelakang.

Life must go on. Aku akan tetap menulis dan terus menulis. Mungkin inilah cabaran aku bila aku menulis secara terbuka dan out spoken. Jika ada yang suka, dia akan baca. Dan jika ada yang tak suka cara aku menulis, itu terpulang pada dia. Tapi aku sarankan janganlah membaca jika tau perkara yang aku tulis itu menyakitkan hati. Aku tak mampu untuk puaskan hati semua org sebab aku bukanlah insan yang sempurna. Aku akan buka kembali function Anynomous tu. Hanya insan yang takut saja yang akan berselindung di balik Anynomous tu. Aku xmungkin akan simbah asid jika ada yang menegur aku secara direct. Aku terima segala teguran org biarpun pada saat awal aku akan melenting seketika. Ramai yang kenal aku, tahu aku ini jenis open minded (kau tak suka aku..aku boleh buat ape..but aku takkan terhegeh-hegeh untuk memujuk kau agar kau menyukai aku.)

Seribu keampunan dan kemaafan dipohon jika ada yang terguris atau berbekas dihatinya diatas segala tindak-tanduk, pengucapan, penulisan, gurauan, gelak ketawa dan luahan aku.

p/s: (pertama kali aku tulis posting secara serius..tanpa sebarang unsur-unsur humor diselitkan )


::BaHieSelamaNyeR::07/06/09::08.35pm

Thursday, June 4

Extended Comment Gossip::IT Manager

4 comments

huhhaaa...nak tergelak aku!!Thread Gossip::IT Manager menjadi hot spt tajuk thread aku kat frenster 3tahun yg lepas..sape yg ikut perkembangan aku dari 2005 mesti tahu tajuk tuu kan....huhahaaa..dah lama dah aku xkluarkan tajuk yang panas....
actually tajuk tu bukan laa tujuan utk memanaskan org yg membaca...well ada org dah salah paham rupa nya
to nurul yg bagi komen..thanks..may be u tak kenal siapa bahie yang sebenarnya..kalo u nurul hidayah..kawan i sendiri..mesti u tau i nie mcm mana kan??(hehehe...sorry nellie...i up kan nama u lam blog i)...
i bukan nye jeles ngan position yg dia dpat...dah terang2 i ckp kat thread tuu yg mungkin dah nasib dia...mungkin bukan nasib i..hehehe..
n to nurul again...i xpenah kata i nie bagus..tapi org yg len yg ckp i nie bagus..walhal i sdiri xtau ape yg bagus sgt..yg i sedar i bagus skit laa dari dia (hehehe..riak jap..)...i tak penah nak nilai diri i macam mana..yg i tau hanyalah kelemahan i (yg org len sdri xtau ape kelemahan i)...macam u gak laa...u penah kata ke yg u tuu bagus (ke mmg u perasan diri u tuu bagus..)??
acctually benda nie sume..org yg menilai kite..bukan kite yg menilai diri kite...xpun gie je jumpa kaunselor..minta dia adakan test personaliti tuk kite..dari situ kite tau..kite nie macam mana...
pasal nasib juga xleh kite persoal kan..qada' dan qadar kite lain...i kenal sorang kwn nie..dari diploma sampai skang....dia mmg terror bahagian coding...kdg2 i penah minta tlg dia betulkan coding2 i..kwn2 i yg len ada minta dia tengok kan coding for PSM masing2 tapi sampai skang dia belum diserap permenant lagi..n job dia bukan lah programmer or something like programmer...tapi jobnye like secretary..
bagi i dia tuu mmg bagus..tapi nasib nye belum terbuka dalam bidang sepatutnye..sama laa dengan i...tak semestinye org yg bagus leh dpt job yg power??but..bla baru fresh grad dpt job yg power like IT Manager..itu yg jadi persoalan...sedangkan org yg kerja 3tahun dan banyak pengalaman..xdapat job tuu...tak ke hairan??

::BaHieSelamaNyeR::04/06/09::10.50am